◉ HEADLINES

Operasi Masyair siap sedia sambut kehadiran 31,600 jemaah haji Malaysia

8:58 AM MYT

 

MAKKAH – Persediaan Operasi Masyair telah siap sepenuhnya bagi menyambut kehadiran jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bermula Jumaat ini iaitu dengan perkhidmatan sokongan serta perubatan berada pada tahap terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata  kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dan sedang menunggu kemuncak ibadat haji, iaitu berwukuf di Arafah pada Sabtu ini .

“Saya bersyukur melihat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan oleh Tabung Haji untuk jemaah haji kita. Saya dapati bahawa kesemua kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji sangat sistematik dan bertaraf antarabangsa.

“Banyak daripada infrastruktur dan kemudahan yang telah dinaik taraf untuk memastikan pergerakan, penempatan dan urusan makan minum disediakan dengan lebih baik sekali gus memastikan jemaah selesa semasa melakukan ibadat haji terutama sewaktu wukuf.

“Semua ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dan Tabung Haji yang sentiasa mengutamakan kebajikan, kesihatan dan keselamatan jemaah haji kita,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH semalam.

Mohd Na’im berkata keupayaan dan kecemerlangan TH dalam menyediakan kemudahan serta menjaga kebajikan, turut diakui oleh para jemaah haji sendiri yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Ini disuarakan ketika berkesempatan menyantuni mereka di Hotel Abraj Al-Janadriyah, tempat penginapan lebih 6,000 jemaah haji Malaysia yang juga Ibu Pejabat TH di Makkah.

“Alhamdulillah jawapan mereka sangat ikhlas dan mereka memuji dan menghargai perkhidmatan serta pengorbanan dilakukan oleh petugas haji dalam menyantuni mereka sebagai Duyufurrahman,” katanya.

Pada masa sama menjelang hari wukuf nanti, Mohd Na’im meminta semua jemaah haji Malaysia supaya terus mengekalkan sifat berdisiplin, baik serta berilmu dan sentiasa jaga nama baik negara.

Lebih dua juta umat Islam akan memulakan pergerakan ke Arafah bermula Jumaat ini yang merupakan pergerakan terbesar umat Islam untuk  melakukan ibadah kemuncak haji iaitu wukuf di Padang Arafah, mabit (bermalam) di Muzdhalifah dan Mina, serta melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Kubra. – 12 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related