◉ HEADLINES

SPRM tahan pegawai bank dalang urusan jual beli tanah milik Felda

Suspek dipercayai dalang membantu urusan pembukaan akaun perbankan atas nama Felda yang palsu bagi membolehkan sindiket melakukan urusan transaksi jual beli dengan pembeli

7:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai bank di Sabah kerana dipercayai terbabit bersekongkol dengan sindiket yang menawarkan penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Melaka.

Suspek lelaki berusia sekitar 40-an ini dipercayai dalang membantu urusan pembukaan akaun perbankan atas nama Felda yang palsu bagi membolehkan sindiket terbabit melakukan urusan transaksi jual beli dengan pembeli.

Perintah reman selama enam hari sehingga 19 Jun ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika hadir bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sabah, sekitar jam 9.45 malam tadi.

“Tangkapan ke atas suspek ini adalah susulan penahanan lapan individu membabitkan lima lelaki di Kuala Lumpur dan dua wanita bersama seorang lelaki yang ada antaranya berjawatan sebagai pegawai bank, broker, pengarah syarikat dan orang awam, Selasa lalu.

“Suspek dipercayai bertindak bagi memastikan akaun perbankan atas nama Felda palsu itu dapat dibuka agar pembeli yakin bahawa urusan jual beli tanah berkenaan adalah ‘genuine’,” katanya.

Sumber memberitahu, sehingga kini SPRM telah merakam percakapan 16 individu termasuk seorang pegawai kanan dan dua kakitangan Felda selain syarikat pemaju sejak Isnin lalu.

Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan mengenai tangkapan suspek kesembilan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – Gambar ihsan SPRM, 13 Jun, 2024

Sementara itu Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek kesembilan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Selasa lalu Scoop melaporkan, SPRM menahan reman lapan individu melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam di ibu negara dan Sabah kerana dipercayai bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Tiga broker dan dua orang awam ditahan di ibu negara manakala di Sabah pula melibatkan dua pegawai bank serta seorang pengarah syarikat, kesemuanya berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

Susulan penahanan itu juga, SPRM menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

◉ Related