◉ HEADLINES

Kerajaan pertimbang hukuman berat kesalahan curi kabel komunikasi: Fahmi

Kejadian kecurian kabel turut menyebabkan gangguan mutu perkhidmatan komunikasi, dan perkara ini antara yang sering dibangkitkan oleh pengguna

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hukuman itu akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya akan minta pasukan di Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk meneliti dan memberi beberapa ulasan serta cadangan (hukuman) kerana pada waktu ini, draf pindaan akta itu sedang diteliti dan diperinci, melibatkan beberapa peruntukan mengenai aspek mutu perkhidmatan rangkaian (telekomunikasi).

“Pindaan ini kita buat bukan hanya kerana melihat kejadian kecurian kabel dan vandalisme tetapi juga disebabkan (gangguan) mutu perkhidmatan komunikasi, kerana ini antara perkara yang sering dibangkitkan oleh para pengguna, oleh itu ia dalam penelitian sebelum kita bawa ke Parlimen nanti,” katanya kepada pemberita pada Program Korban Perdana Lembah Pantai di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian menjawab pertanyaan mengenai tindakan kerajaan untuk membendung kegiatan mencuri kabel tembaga komunikasi yang semakin berleluasa ketika ini.

Menurut Fahmi, Jabatan Peguam Negara sedang memperincikan cadangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan. – Muharram Kasim/Scoop, 17 Jun, 2024

Mengenai langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menubuhkan pasukan ‘duta online’ untuk menyampaikan maklumat dan menangkis fitnah di alam maya, Fahmi berkata pihaknya tiada masalah berhubung perkara itu.

“Saya tidak lihat penubuhan itu akan menyebabkan mereka masuk (menyentuh) bidang pihak-pihak yang lain, tetapi penyelarasan dari segi maklumat yang hendak disampaikan mesti dilakukan.

“Insya-Allah saya akan meneliti perkara ini bersama menteri (Nga Kor Ming) kerana saya belum berkesempatan untuk mendapatkan taklimat penuh daripada pihak KPKT mengenai usaha itu,” katanya.

Khamis lepas, Kor Ming mengumumkan penubuhan pasukan ‘duta online’ itu yang terdiri daripada 200 kakitangan kementerian itu bagi menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat sahih serta dasar-dasar kerajaan secara efektif. – 17 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related