◉ HEADLINES

SLS dapat kebenaran cabar hak 40% hasil Sabah

Hakim yang membacakan keputusan itu mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh bagi perbicaraan penuh permohonan semakan kehakiman tersebut

12:14 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan Persekutuan terhadap kebenaran yang diberikan kepada Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman melibatkan isu hak 40% hasil negeri itu.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ravinthran N. Paramaguru, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing menyampaikan keputusan itu melalui prosiding yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Hakim Ravinthran yang membacakan keputusan itu mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh bagi perbicaraan penuh permohonan semakan kehakiman itu.

Kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2022, yang memberi kebenaran kepada SLS meneruskan semakan kehakiman berhubung perkara itu bagi memaksa hasil Persekutuan diperoleh dari negeri itu dipulangkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada 11 November 2022, Hakim Ismail Brahim membenarkan permohonan SLS untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan semakan kehakiman, memutuskan bahawa SLS mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana ia merupakan litigasi berkepentingan awam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memperoleh perintah penangguhan bagi menghalang Mahkamah Tinggi mendengar merit kes itu sementara menunggu rayuan.

SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 bagi membatalkan warta kerajaan Persekutuan mengenai geran tahunan sebanyak RM125.6 juta bagi Sabah dengan mendakwa ia melanggar hak hasil negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim Ravinthran berkata SLS sekurang-kurangnya telah membuktikan locus standi untuk semakan kehakiman kerana ia jelas merupakan litigasi berkepentingan awam yang diambil untuk manfaat orang ramai.

Beliau berkata, ia tidak diambil atas dasar peribadi atau rungutan SLS.

Hakim itu berkata, isu dalam permohonan semakan kehakiman melibatkan kepentingan perlembagaan yang tinggi dan ia diambil bagi menunjukkan hak perlembagaan yang diberikan kepada negeri Sabah, seterusnya demi manfaat rakyat.

“Sama ada terdapat merit dalam permohonan (semakan kehakiman) ini atau sebaliknya perkara ini perlu dibincangkan dalam perbicaraan penuh (di Mahkamah Tinggi),” katanya.

Hakim Ravinthran, bagaimanapun berkata, untuk menutup peluang SLS daripada membincangkan isu itu atas dasar locus standi pada peringkat ini pastinya menjadi langkah ke belakang dan tidak selaras dengan perkembangan terkini undang-undang dalam bidang itu.

Beliau berkata, pada tahap ini, tidak boleh dikatakan bahawa subjek (semakan kehakiman) tidak boleh diadili, dan peguam SLS telah menunjukkan dalam permohonan semakan kehakiman bahawa mereka tidak mencabar kesahihan pemberian khas untuk negeri Sabah.

“Jika itu berlaku, ia akan segera menarik hujah yang boleh diadili kerana perkara itu dipersetujui kerajaan Persekutuan dan Sabah.

“SLS juga tidak meminta mahkamah menjalankan semakan di bawah Perkara 112 (Perlembagaan Persekutuan). Kesannya juga akan menarik hujah yang boleh diadili kerana mahkamah tidak dilengkapkan untuk mengendalikan perkara sedemikian,” kata hakim berkenaan.

Beliau berkata, tumpuan utama permohonan semakan kehakiman ialah dakwaan mengenai “tahun-tahun yang hilang”.

“Tahun-tahun yang hilang” merujuk kepada tempoh 48 tahun bagi semakan mandatori kedua pemberian hasil 40 peratus negeri yang sepatutnya dilaksanakan pada 1974, tetapi hanya dilakukan pada 2022.

Dalam kesimpulannya, Hakim Ravinthran berkata, para hakim mengambil maklum bahawa isu utama yang dibangkitkan oleh perayu (kerajaan Persekutuan) tidak mempunyai merit berdasarkan matriks fakta dan perundangan bagi permohonan semakan kehakiman yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh itu, kami menolak rayuan terbabit,” katanya.

Pegawai Kanan Persekutuan daripada AGC, Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi serta peguam Persekutuan V. Krishna Priya @ Venugopaland mewakili kerajaan Persekutuan, manakala SLS diwakili peguam Dr David Fung dan Jeyan T.M Marimuttu.

Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Penasihat Undang-undang Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Brenndon Keith Soh tampil bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah sebagai pencelah.

Terdahulu, panel hakim meminta pengesahan lanjut berhubung penarikan diri Tetuan F.T Ahmad & Co daripada kes itu dan Nor Asiah mengesahkan semua penghujahan dibuat peguam berkenaan bagi Kerajaan Negeri Sabah juga ditarik balik.

Brenndon memberitahu panel hakim bahawa kerajaan negeri tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini dan menerima hasil keputusan itu dibincangkan sepenuhnya berdasarkan merit semasa pendengaran substantif semakan kehakiman. – 18 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related