◉ HEADLINES

Speaker DUN Selangor digesa isytihar kekosongan kerusi Selat Klang

Tindakan ini selaras dengan kehendak rakyat dan sebagai menghormati matlamat demokrasi di sebalik Undang-Undang Larangan Bertukar Parti yang diluluskan Parlimen pada 2022, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa mengisytiharkan kekosongan di kerusi DUN Selat Klang.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah itu perlu dilakukan selepas Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari tergugur keahlian setelah meninggalkan perjuangan parti itu.

“Tindakan ini adalah selaras dengan kehendak rakyat dan sebagai menghormati matlamat demokrasi di sebalik Undang-Undang Larangan Bertukar Parti yang telah diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada 2022.

“Adalah penting agar hak rakyat dikembalikan dan mandat baharu ditentukan oleh rakyat semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.

Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Bersatu.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) yang juga Adun Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah Abdul Rashid yang juga Adun Selat Klang.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal turut menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul agar mengikuti jejak langkah Speaker DUN Kelantan bagi mengisytiharkan kekosongan di enam kerusi Parlimen yang ahlinya digugurkan keahlian daripada Bersatu.

Katanya, perkara itu selaras dengan Perlembagaan Parti dan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. – 20 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related