◉ HEADLINES

Kes keracunan bihun, telur mata: 7 lagi individu diambil keterangan

Setakat hari ini, 22 individu telah dirakam percakapan, termasuk tambahan tujuh orang lagi terdiri daripada pengetua dan guru sekolah agama tersebut

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka yang dipanggil membabitkan pengetua dan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Sungai Chinchin.

“Setakat ini kita sudah merakam keterangan 22 individu bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas laporan bedah siasat diperolehi dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL), peringkat daerah Gombak, yang melibatkan 30 sekolah rendah, pada 8 Jun lalu.

Mangsa yang maut adalah remaja lelaki, 17, dan bayi perempuan berusia 19 bulan.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, sebelum ini dilaporkan berkata, mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

JKNS memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada program tersebut.

Keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa. – 20 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related