◉ HEADLINES

Itu gimik sahaja, mana ada sijil ISO 14001 untuk individu: Calon PAS Sg Bakap

Calon PAS Sg Bakap, Abidin Ismail tahu pensijilan ISO 14001 adalah untuk syarikat atau kilang, bukan individu

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Abidin Ismail tidak terasa hati apabila ada pihak yang mempersendakannya berhubung pensijilan ISO 14001 yang dimilikinya pada pengumuman calon parti itu, baru-baru ini.

Bercakap kepada Scoop, Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berkata, ia hanya gimik malah beliau mengetahui pensijilan ISO 14001 adalah untuk syarikat atau kilang, bukan individu.

“Sebenarnya ada sedikit salah faham atau ‘tersilap cakap’ pihak kepimpinan ketika memaklumkan mengenai perkara itu tapi ia diambil kesempatan oleh parti lawan.

“Sebenarnya tidak ada isu pun, tidak perlu dipanjangkan pun perkara ini, memang kita tahu pensijilan itu untuk syarikat, mana ada sijil ISO untuk individu.

“Tapi biasalah orang politik mengambil ‘kesilapan’ itu untuk membuat serangan, tapi ini perkara biasa dalam politik, saya tidak ambil hati pun,’’ katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada Majlis Pengisytiharan Calon PRK Sungai Bakap baru-baru ini memaklumkan Abidin mempunyai kemampuan hebat kerana memiliki sijil ISO 14001 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS).

Untuk rekod, ISO 14001 ialah piawaian antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) yang paling banyak digunakan di dunia.

Ditanya mengenai antara isu yang akan difokuskan bagi kempennya nanti, Abidin berkata, tumpuan adalah kepada permasalahan dialami penduduk setempat terutama bekalan air dan juga beban kos sara hidup.

“Ini juga masalah yang ditumpukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Allahyarham Nor Zamri Latiff, jadi saya akan berusaha menyambung kerja baik yang dilakukannya dalam meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau yang tidak menolak bakal berdepan saingan sengit di PRK itu, memaklumkan akan berusaha memastikan kerusi milik PN itu dapat dipertahankan.

“Berdasarkan keputusan terdahulu, kita lihat saingan seimbang di sini, namun saya yakin pengundi yang sebelum ini menyokong Allahyarham Nor Zambri akan terus kekal memberi sokongan mereka,” katanya.

Abidin, 56, yang juga anak jati Sungai Bakap sebelum ini bergelar pembantu peribadi kepada Nor Zamri.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang daripada PAS, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap manakala penamaan calon pada 22 Jun ini. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related