◉ HEADLINES

Gunakan pendekatan keusahawanan tangani isu ekonomi gig: Penganalisis

Menurut penganalisis, kerajaan perlu menentukan jenis inovasi kawal selia yang berkesan untuk memastikan kebajikan pekerja gig terjaga

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melaksanakan pendekatan keusahawanan dalam menangani kerumitan yang dialami oleh pekerja ekonomi gig yang kini semakin berkembang, kata penganalisis dasar awam.

Bercakap dalam forum anjuran Centre for The Fourth Industrial Revolution (Centre4IR), MyDigital Corporation di sini semalam, seorang penganalisis, Edwin Goh, menyatakan sokongan kepada kerajaan untuk mempraktikkan sandbox pengawalseliaan (regulatory sandbox) bagi merumuskan dasar berkaitan kebajikan pekerja gig. Medan ujian pengawalseliaan merujuk kepada keadaan di mana pihak berkuasa menyediakan persekitaran pengawalseliaan yang kondusif.

“Mana-mana entiti yang diberi mandat untuk menjaga pekerja gig, langkah pertama yang perlu diambil ialah memimpin mereka seperti seorang usahawan dengan menguji dan mencari produk berdaya maju,’’ katanya pada majlis memperingati ulang tahun pertama Malaysia Centre4IR.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu menentukan jenis inovasi kawal selia yang berkesan untuk memastikan kebajikan pekerja gig terjaga atau membantu memudahkan kerjaya mereka.

“Adalah ideal untuk mengemukakan sandbox pengawalseliaan, di mana idea-idea yang berpotensi untuk pekerja gig boleh diuji dan dilaksanakan selepas kajian mendapati ia berkesan.’’

Ketua Hal Ehwal Awam dan Dasar Serantau Grab, Brendan Chia memuji kertas putih sebagai ‘gambaran menyeluruh’ keperluan pekerja gig, serta memberi jaminan Grab akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan – Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 21 Jun, 2024

Pengarah Kanan Malaysia Centre4IR Ellina Roslan serta Ketua Hal Ehwal Awam dan Dasar Serantau Grab, Brendan Chia turut serta dalam perbincangan ‘Apa yang Pekerja Gig Mahukan’.

Kajian itu, yang dimulakan awal tahun ini dengan meneroka demografi, motivasi, pendapatan dan pengalaman 1,500 pekerja gig di seluruh negara, mengemukakan beberapa cadangan kepada penyedia platform dan pembuat dasar.

Memuji kertas putih sebagai ‘gambaran menyeluruh’ keperluan pekerja gig, Chia memberi jaminan Grab akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dan menggesa kerajaan mengambil ‘pendekatan koordinator’ dalam menangani ekonomi gig secara menyeluruh.

“Kami akan menilai apa yang boleh membantu (dari kertas putih) dan bercakap dengan pemandu serta rakan penghantar kami sebelum melihat bagaimana ia boleh membantu mewujudkan ekonomi gig yang mapan.

“Kerajaan sudah mengenal pasti lebih 20 sektor yang mempunyai pekerja gig dan ia tidak hanya merangkumi satu syarikat atau industri, malah merangkumi bidang pertanian dan perkhidmatan pembuatan.

“Oleh itu adalah penting untuk kerajaan memahami bagaimana kebajikan pekerja gig ini dapat diperbaiki menerusi perlindungan sosial atau menambah kemahiran menerusi pekerjaan yang berbeza.’’

Pada Jun, lebih 180,000 rakan pemandu (e-hailing) dan penghantar (p-hailing) Grab Malaysia menerima geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) – Gambar fail Scoop, 21 Jun, 2024

Merujuk kepada penemuan kertas putih mengenai bagaimana pekerja gig menghargai fleksibiliti, kebolehcapaian dan pendapatan tambahan yang disediakan menerusi ekonomi gig, Chia berkata, Grab percaya ia akan melindungi pekerja tanpa mengurangkan tarikan utama ekonomi.

“Salah satu perkara yang tidak boleh dilakukan ialah memaksa pekerja gig diklasifikasikan sebagai pekerja normal kerana ia menghilangkan daya tarikan serta-merta, walaupun ia memberi akses kepada perlindungan sosial.’’

Grab Malaysia merupakan sebahagian daripada Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pada Jun, lebih 180,000 rakan pemandu (e-hailing) dan penghantar (p-hailing) Grab Malaysia menerima geran padanan caruman SKSPS, dengan 90% ditanggung kerajaan manakala baki 10% ditaja sepenuhnya oleh syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig di Dewan Rakyat, bulan depan.

Rang Undang-Undang itu adalah bagi memastikan pekerja gig mendapat manfaat seperti pekerja normal. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related