◉ HEADLINES

Penjualan saham MAHB: Khairy usah biadap, angkuh

Sebagai mantan menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan

10:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gelaran ‘rakan subahat Zionis Israel dalam jenayah genosid’ dilemparkan Khairy Jamaluddin terhadap Perdana Menteri jika kerajaan meneruskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) adalah melampau, biadap dan angkuh.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebagai mantan menteri Kabinet, Khairy perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, selain tidak terbawa-bawa dengan emosi.

“MAHB melalui Khazanah sudah memberi penjelasan. Pihak yang dirunding ialah GIP. BlackRock hanya muncul pada tahun ini apabila berhasrat mengambil alih pegangan saham GIP.

“Dalam hal ini, Khazanah mahupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak pernah berunding dengan mana-mana wakil daripada BlackRock,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamil berkata, Khairy boleh mengkritik, tetapi dalam masa sama, harus lebih bertanggungjawab dan tidak hipokrit – Muharram Kasim/Scoop, 21 Jun, 2024

Kamil berkata, Khazanah dan KWSP tidak menjual MAHB kepada entiti asing, sebaliknya terus meningkatkan pegangan saham hingga 70% malah aset strategik itu juga akan terus dimiliki negara melalui Golden Share oleh Malaysia.

Beliau berkata, jika diikutkan formula atau sifir mudah Khairy, lebih baik Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).

“Apakah beliau (Khairy) lupa bahawa AS adalah pihak paling lantang mendukung Zionis Israel, sehingga menafikan Palestin daripada menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

“Tidakkah mengekalkan hubungan dagang dengan AS dianggap sebagai bersekongkol dengan pembantaian rakyat di Palestin? Sebab itu logik beliau itu sangat dangkal,” katanya.

Kamil turut mempersoalkan apakah Khairy terperangkap dalam naratif 7 Oktober yang dimainkan barat, dengan merujuk sentimen dan emosi semata-mata tanpa melihat fakta keseluruhannya.

“Apakah Khairy pura-pura tidak tahu BlackRock berada dalam pasaran bursa negara sejak 1990 dan kini pemegang saham kedua terbesar di bursa Malaysia? Dan adakah pengasas BlackRock, Larry Fink hanya menjadi Zionis pasca 7 Oktober dan sebelumnya beliau adalah seorang wahabi?

“Apakah Khairy lupa syarikat CGS Securities yang mana beliau dilantik sebagai pengarah, sebahagian saham syarikat induknya juga dimililki BlackRock? Hipokrasi jenis apakah yang cuba ditonjolkan Khairy?” soalnya.

Mengulas lanjut, Kamil berkata, Khairy boleh mengkritik, tetapi dalam masa sama, harus lebih bertanggungjawab dan tidak hipokrit.

“Kerajaan ini tidak pernah mempertahankan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan rejim Zionis Israel,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, negara tiada upaya membatalkan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel tetapi beroperasi di negara lain.

“Baik… bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di Amerika, Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel?

“Tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara,’’ katanya.

Anwar turut meminta supaya isu BlackRock tidak dijadikan sebagai wayang politik oleh pihak tertentu bagi menghasut rakyat. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related