◉ HEADLINES

Beg jinjing percuma sempena pembukaan Apple Store dijual pada harga cecah RM1,000

Antara platform yang digunakan untuk menjual beg jinjing berkenaan adalah Marketplace di Facebook serta di Carousell

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya beberapa jam selepas pembukaan Apple Store pertama di negara ini, beg jinjing eksklusif yang diberikan percuma kepada pengunjung awal sudah dijual di pasaran dengan harga mencecah sehingga RM1,000.

Antara platform yang digunakan untuk menjual beg jinjing berkenaan adalah Marketplace di Facebook serta di Carousell.

Beg jinjing berwarna putih dengan tulisan JOM warna keemasan itu itu dijual pada harga bermula dari RM200 dengan harga tertinggi adalah di Marketplace bernilai RM1,000.

Beg itu diberikan percuma kepada pengunjung awal tanpa perlu membuat sebarang pembelian.

Menariknya, beg itu menjadi perhatian kerana ia disifatkan sebagai edisi khas, iaitu sempena pembukaan gedung Apple Store rasmi pertama di Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, seorang pencipta kandungan, Faiz Faizal, menerusi laman Facebook turut berkongsi video membuka kotak beg jinjing yang diperolehinya itu.

“Unboxing tote bag Apple The Exchange TRX. Kalau datang sekarang habis dah. Kalau nak pun, harga scalper kat Carousell sekitar RM200 – RM300,” katanya.

Terdahulu, pembukaan gedung berkenaan mendapat perhatian ramai malah kira-kira 15,000 pengunjung sanggup beratur panjang dan menunggu lama untuk meraikan pembukaan Apple Store pertama di negara ini.

Tinjauan Scoop mendapati, terdapat sebilangan peminat produk keluaran syarikat itu sanggup tidur di kompleks beli-belah, The Exchange TRX di sini sejak semalam dengan harapan menjadi pengunjung terawal memasuki kedai itu.

Ketika ini terdapat lebih daripada 500 kedai Apple Store di seluruh dunia.

Apple Store di The Exchange TRX ini akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand. – 22 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Gunung Tahan tragedy: Widow fights for answers after husband’s death

Three years after Raja Azlan Shah died on Gunung Tahan, his widow is still chasing the truth — and those she believes failed him

◉ Related