◉ HEADLINES

Remaja hamil dirawat di hospital, teman lelaki ditahan

Suspek didapati tidak bekerja dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif dadah

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Remaja berusia 16 tahun yang disyaki dirogol oleh seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Flat Cahaya, Ampang, dekat sini, kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail ketika dihubungi Scoop bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi remaja berkenaan.

Beliau memberitahu, kes itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa sedang menerima rawatan di sebuah hospital buat masa ini, sebarang makluman lanjut akan dimaklum kemudian,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, lelaki tersebut yang berusia 20 tahun sudah ditahan pada jam 12 tengah hari kelmarin di Wangsa Maju untuk membantu siasatan.

“Suspek didapati tidak bekerja dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif dadah.

“Siasatan lanjut turut mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan suspek di kediaman lelaki itu di Flat Cahaya, Ampang,” katanya.

Tambah beliau, suspek direman tujuh hari hingga 28 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga maksimum dua tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azam memberitahu, mangsa dikesan hamil ketika menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu.

“Seorang pegawai perubatan berusia 29 tahun yang memeriksa mangsa mengesyaki mangsa hamil selepas mendapati sel darah merahnya rendah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pesakit terbabit hamil dengan usia kandungan 32 minggu. Susulan itu pegawai perubatan terbabit kemudian membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati pesakit itu mengaku ada melakukan hubungan seks ketika dia berusia 15 tahun 9 bulan dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun,” katanya. – 23 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related