◉ HEADLINES

652 kemalangan kenderaan berat direkod tiga bulan pertama tahun ini

Pecahan jenis kecederaan, (akibat kemalangan ini) adalah 287 maut, 95 parah dan 270 cedera ringan

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 652 kemalangan membabitkan kenderaan berat direkodkan pada suku pertama atau tiga bulan pertama tahun ini di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kemalangan itu membabitkan pelbagai jenis kenderaan berat, seperti lori kontena, lori kecil dan bas ekspres.

“Pecahan jenis kecederaan, (akibat kemalangan ini) 287 maut, 95 parah dan 270 cedera ringan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mengenai statistik dan punca kemalangan membabitkan kenderaan berat bagi suku pertama tahun 2024.

Hasbi berkata, terdapat beberapa punca dikenalpasti menyebabkan kemalangan terbabit, iaitu pemandu mengantuk, memandu melebihi had laju dibenarkan, kenderaan membawa lebih muatan dan kenderaan tidak diselenggara dengan baik.

Menjawab persoalan Syed Ibrahim mengenai strategi Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kemalangan membabitkan kenderaan berat, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, usaha itu giat dilaksanakan agensinya.

“Agensi Kementerian Pengangkutan, iaitu JPJ sentiasa melaksanaan kajian dari semasa ke semasa berhubung strategi terbaik bagi menangani isu kenderaan berat yang tidak mematuhi peraturan, sehingga menyebabkan kemalangan di jalan raya,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related