◉ HEADLINES

Boleh kalau nak lawan bola tapi datang kempen dengan belanja sendiri: Sanusi

Akmal mempelawa Sanusi untuk menyertai pertandingan bola sepak persahabatan di Sungai Bakap, Ahad ini

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor setuju menyahut cabaran Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir untuk perlawanan bola sepak persahabatan di Sungai Bakap, Ahad ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata, Akmal bagaimanapun diminta hadir untuk aksi tersebut dengan perbelanjaan sendiri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap tanpa menggunakan perbelanjaan kementerian.

“Boleh kalau nak lawan bola, tapi sila datang kempen dengan belanja sendiri.

“Bukan menumpang belanja kementerian atas alasan lawatan LRA (loji rawatan air),” katanya menerusi perkongsian di TikToknya, hari ini.

Semalam, Akmal yang juga Pengarah Strategi PKR membuat pelawaan berkenaan pada ceramah perpaduan yang diadakan di Nibong Tebal.

Akmal berkata, acara itu dilihat akan merancakkan lagi kempen PRK Sungai Bakap selain mampu mendekati anak muda.

“Kalau kita ajak debat dia tak nak dengar, kalau kita ajak bincang isu dia tak minat…tapi kalau betul dia rasa sempoi, jom turun lawan bola dengan kami pada Ahad depan,” katanya.

Pada ceramah yang sama juga, Akmal turut menjemput Sanusi untuk menyertai lawatan ke dua LRA di Kedah bagi meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembinaannya yang mengalami kelewatan.

Katanya, jemputan itu sudah dimaklumkan lebih awal kepada kerajaan Kedah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebelum ini bagi meninjau LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau. – 24 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

◉ Related