◉ HEADLINES

Rangka manusia ditemui disyaki milik pelajar hilang selepas tonton perlawanan bola sepak

Rangka itu ditemui tengah hari tadi bersama-sama motosikal hampir sama digunakan anak kedua daripada tujuh beradik itu

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan pelajar tingkatan lima, Hafiz Fauzan Abdul Halid sejak sebulan lalu hampir terungkai apabila rangka manusia ditemui di tepi tebing Jalan Yong-Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau di Batu Pahat, Johor, hari ini.

Rangka itu ditemui tengah hari tadi bersama-sama motosikal hampir sama digunakan anak kedua daripada tujuh beradik itu berdasarkan nombor pendaftaran yang diuar-uarkan keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Difahamkan, motosikal terbabit ditemui tersangkut di celah batang pokok bersebelahan kebun durian.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar milik remaja berkenaan.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka berkenaan.

Terdahulu, Scoop melaporkan Hafiz dipercayai hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak di rumah kawannya pada 25 Mei lalu.

Bapanya, Abd Halid Sugiman, 44 berkata, usaha mencari Hafiz di kawasan yang dipercayai dilalui untuk ke rumah kawannya dekat Parit Ju, Tongkang Pechah di Batu Pahat, Johor terus menemui jalan buntu.

Menurutnya lagi, kehilangan anaknya yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor itu disedari beberapa jam selepas dia meminta izin untuk keluar ke rumah kawannya kira-kira jam 9.47 malam.

Sebelum kejadian itu, Abd Halid berkata, mereka sekeluarga menjemput anak kedua daripada tujuh beradik itu di asrama SMAPR, petang Sabtu kerana cuti persekolahan sudah bermula. – 24 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related