◉ HEADLINES

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

Pemergian pelakon berusia 62 tahun pada kira-kira jam 1 pagi dikongsi anak lelaki Allahyarham, Hanis Kamal menerusi laman Facebooknya

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini.

Pemergian pelakon itu pada usia 62 tahun kira-kira 1 pagi dikongsi anak lelaki Allahyarham, Hanis Kamal menerusi laman Facebooknya.

“Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi. 

“Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah al-Fatihah buat Ayah saya ya,” katanya dalam perkongsian tersebut. 

Hanis berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka pada 11.30 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka selepas zuhur.

Sabtu lepas, Hanis memaklumkan bapanya nazak setelah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin. – 25 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related