◉ HEADLINES

Kakitangan direman: Prolintas sedia kerjasama dengan SPRM

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009

8:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengambil maklum beberapa warga kerjanya ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Menurut Prolintas, pihaknya bersedia bekerjasama dengan SPRM berhubung kes berkenaan.

Katanya, syarikat itu juga komited bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan, bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.

“Prolintas maklum bahawa beberapa warga kerja kami ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan membabitkan kes pembinaan.

“Prolintas terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Semalam, lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya ditahan, selepas disyaki meminta serta menerima rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi itu direman empat hari hingga Jumaat ini.

Manakala lima lagi individu yang juga pemilik sebuah syarikat, direman tiga hari hingga Khamis ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber memaklumkan, tiga suspek daripada syarikat konsesi berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.

Pemilik syarikat itu pula terdiri daripada lima lelaki yang semuanya berusia 40-an hingga 50-an.

Semua mereka ditahan dalam Ops Lintas antara jam 8 hingga 11 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – 26 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related