◉ HEADLINES

Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV), cadangan membenarkan bukan bumiputera menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan nilai ringgit antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan.

Isu PLV dibangkitkan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) kepada Menteri Dalam Negeri yang mahu jaminan bahawa pelaksanaan pelan itu tidak akan menggugat keselamatan rakyat dan negara.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan bumiputera menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan meminda Akta UiTM 1976.

Soalan berkaitan ringgit pula diajukan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu punca nilai ringgit semakin kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat akhir-akhir ini kepada Menteri Kewangan.

Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pula bertanyakan soalan kepada Menteri Kewangan sejauh mana kesediaan kerajaan untuk mengenakan penalti susulan prestasi perkhidmatan perbankan yang kerap tergendala sehingga menyusahkan pengguna.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Pengangkutan. 

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah pembentangan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024, juga daripada Menteri Pengangkutan. 

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – 26 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related