◉ HEADLINES

Sindiket seludup 106 kontena sisa elektronik kaut keuntungan lebih RM8 juta: Nik Nazmi

Kementerian Sumber Asli dan Kelestaraian Alam fokus mahu memerangi kegiatan haram itu bagi mengelakkan Malaysia daripada menjadi ‘tong sampah’ dunia

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) yang dikesan menyembunyikan 106 kontena berisi bahan larangan import itu yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara 21 Mac hingga 19 Jun lalu dipercayai mengaut keuntungan lebih RM8 juta.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaraian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada keseluruhan 301 kontena yang ditahan, sebanyak 106 mengandungi e-waste dan selebihnya skrap logam.

“Kegiatan ini sudah berlaku begitu lama. Anggaran kalau 106 kontena, keuntungan (pengimport) semata-mata dianggarkan lebih RM8 juta.

“Kesemua kontena yang ditahan dibawa masuk dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Masalahnya, barang dalam kontena itu tidak diisytiharkan sebagai e-waste tetapi barang lain.

“Itu cabaran bagi pihak penguatkuasaan. Jadi kita perlu melihat bagaimana China menangani situasi ini,” katanya pada sesi taklimat dan ramah mesra bersama pengarang media, di sini, hari ini.

Susulan itu, katanya, kementeriannya fokus mahu memerangi kegiatan haram itu bagi mengelakkan Malaysia daripada menjadi ‘tong sampah’ dunia.

Menurutnya, beliau akan membawa isu e-waste ke peringkat Kabinet kerana usaha untuk memeranginya memerlukan kerjasama daripada pelbagai peringkat kementerian.

Kata Nik Nazmi, beliau akan membawa isu e-waste ke peringkat Kabinet kerana usaha untuk memeranginya memerlukan kerjasama daripada pelbagai peringkat kementerian. – Gambar Facebook NRES, 26 Jun, 2024

“Ia memerlukan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana membabitkan tempat pemprosesan dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Saya akan bawa ia ke Kabinet, sama ada mungkin sebagai nota terlebih dahulu kepada menteri, kemudian kita dapat arahan.

“Tetapi selepas itu juga mungkin melalui Asean kerana ia juga cabaran kepada banyak negara Asean seperti Indonesia dan Filipina yang berdepan situasi sama.

“Kita tidak boleh biarkan Kastam dan Jabatan Alam Sekitar bergerak sendiri (melakukan pemantauan) tanpa pembabitan kementerian lain di Malaysia dan juga sokongan negara lain,” katanya.

Sebelum itu, dalam sidang media di Pelabuhan Barat, di sini, hari ini, Nik Nazmi memaklumkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan menguatkuasakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang menyaksikan denda lebih berat dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan mengimport sisa elektronik (e-sisa) secara haram.

Beliau berkata, pewartaan pindaan berkenaan yang berkuat kuasa pada 7 Julai ini antara lain akan menyaksikan denda maksimum hingga RM10 juta dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta terbabit.

Katanya, peningkatan denda daripada hanya RM500,000 sebelum ini diyakini boleh mengekang sebarang pengimportan, penyeludupan dan penempatan bahan buangan terjadual e-sisa sama ada kemasukan ke dalam negara berlaku di darat, di laut atau transit tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS). – 26 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related