◉ HEADLINES

4 majistret keluarkan waran tangkap terhadap Norjuma Habib

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan, Fatin Dayana Jalil serta Nurul Izzah Shaharuddin mengeluarkan waran tangkap selepas Norjuma dan penjaminnya tidak muncul di kamar mahkamah walaupun namanya dipanggil beberapa kali sejak prosiding bermula

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan, Fatin Dayana Jalil serta Nurul Izzah Shaharuddin masing-masing mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Norjuma, 44, selepas wanita tersebut dan penjaminnya tidak muncul di kamar mahkamah walaupun namanya dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa sejak prosiding bermula pada 9 pagi.

Terdahulu kelibat usahawan selebriti itu dilihat di lobi mahkamah sekitar 10.30 pagi dan gambarnya sempat dirakam jurufoto, namun dia berpatah balik ke tempat letak kenderaan dipercayai untuk mengalihkan kenderaannya.

Bagaimanapun sehingga 1 petang Norjuma tidak memasuki semula lobi mahkamah dan sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi di sini pada 8.43 malam, 21 Feb 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap pengawal keselamatan warga Nepal, Neupane Tika Ram, dengan menendang betis kiri pengawal itu di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields di sini pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut seksyen sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Norjuma didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh menjangkau RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, Norjuma dituduh melakukan perbuatan serupa ke atas Nur Solehah Rosl, 31, dengan menampar pipi dan mencakar tangan mangsa di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada 10.30 pagi, 18 Okt 2021, mengikut seksyen serupa (Seksyen 323).

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Norjuma didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan dengan anggaran kerugian RM4,200 serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) anggaran kerugian RM500, milik kondominium sama pada 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind, Hamizah Hisan dan Sheryn Yong Shi Yee serta Pegawai Pendakwa Insp Shazwan Hasifi Shahrun. – 27 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related