◉ HEADLINES

Kolaborasi Insomniacks – Nabila Taqiyyah dalam lagu Belum Mulai sudah tular, tapi peminat Indonesia mengeluh!

Versi penuh lagu ini bakal dilancarkan dilancarkan di YouTube serta platform penstriman muzik digital pada jam 8 malam ini

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasrat Insomniacks untuk berkolaborasi dengan artis rakaman luar negara akhirnya menjadi kenyataan menerusi duet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah menerusi single terbaharu mereka, Belum Mulai.

Menariknya, kolaborasi dengan penyanyi berhijab yang juga bekas naib juara program realiti hiburan, Indonesia Idol musim ke-12 itu berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik di Malaysia mahupun Indonesia.

Ia terbukti menerusi teaser lagu itu yang dikongsi pihak Universal Muzik Malaysia dan Indonesia di platfotm Instagram dan TikTok.

Rata-rata mereka teruja melihat kolaborasi Insomniacks dengan Nabila serta tidak sabar menunggu versi penuh lagu Belum Mulai yang dilancarkan di saluran YouTube serta platform penstriman muzik digital bermula jam 8 malam ini.

Begitupun, terdapat segelintir peminat dari Indonesia yang meluahkan kekesalan mereka kerana berpendapat Nabila hanya diberikan bahagian nyanyian yang terlalu sedikit, sedangkan apa yang mereka dengar itu hanyalah sekadar teaser.

Ada pula berpendapat sebaliknya dengan mengatakan ia satu permulaan yang baik untuk Nabila melebarkan kerjaya nyanyiannya di luar negara khususnya Malaysia.

Lebih menakjubkan, sedutan lagu itu yang dikeluarkan pada 12 Jun lalu sudah mendapat lebih 85,0 000 tontonan di Instagram dengan 1,700 komen daripada netizen.

Belum Mulai ditulis dan digubah komposer berbakat, Clara Riva dan S/EEK dengan pengaruh nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an.

Lagu itu mengisahkan seseorang yang terpaksa meninggalkan orang yang disayanginya kerana beberapa perkara walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Pembikinan muzik video lagu ini dirakam di Jakarta pada Mac lalu dan penggambaran video muzik diadakan sekitar Mei. – 28 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related