◉ HEADLINES

Demo Rakyat Lawan Anwar: Polis buka kertas siasatan, akan panggil 12 individu

Semalam, kira-kira 150 peserta menghadiri perhimpunan itu yang berlangsung di kawasan tempat letak kenderaan awam di Kompleks Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis akan memanggil 12 individu termasuk penganjur Demo Rakyat Lawan Anwar bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Seramai 12 individu termasuk penganjur sudah dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan.

Rusdi berkata, ia susulan penganjur tetap mengadakan perhimpunan itu walaupun dinasihatkan pihak polis untuk tidak berbuat demikian.

Katanya, ia kerana pemilik premis tidak memberi kebenaran untuk mereka menggunakan lokasi berkenaan.

Semalam, kira-kira 150 peserta menghadiri perhimpunan itu yang berlangsung di kawasan tempat letak kenderaan awam di Kompleks Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya.

Lokasi itu berhampiran kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan itu diadakan bagi menuntut lapan perkara, iaitu mendesak kerajaan menurunkan harga diesel, mengurangkan kos sara hidup, menghentikan guna pakai dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta menuntut kerajaan mengembalikan bekalan beras putih tempatan.

Mereka juga menuntut kerajaan menjamin hak kebebasan bersuara, memberi peruntukan sama rata untuk wakil rakyat dan membela nasib kakitangan kesihatan awam.

Peserta turut menuntut pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – 30 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related