◉ HEADLINES

Puad kata Ahmad Fadhli ‘buta’, Umno dilayan macam pengemis ketika dalam kerajaan PN

Ketua Penerangan PAS itu dalam siri ceramah PRK Sungai Bakap semalam mengajak ahli Umno menyokong PN termasuk pada PRK Sungai Bakap

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari ditempelak sebagai ‘buta’ apabila mengajak ahli Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap untuk ‘menyelamatkan’ parti tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, PAS sebenarnya mencari jalan supaya Umno dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan.

“Tiba tiba PAS mahu selamatkan Umno. Jika sokong PN, Umno akan selamat? Ahmad Fadhli Ketua Penerangan PAS memang buta.

“Masa Umno dalam kerajaan PN di bawah Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudahlah Umno dilayan macam pengemis, Umno ditikam belakang masa PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Tambah Puad, Muktamar PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno tetapi dakwanya di veto oleh pemimpin pelahap PAS yang mahu membolot semua jawatan.

“Maka bagaimana nak selamatkan Umno? Sebenarnya PAS cari jalan (supaya) Umno keluar dari kerajaan hari ini kerana beri kelebihan pada Umno. Kalau Umno keluar, PAS masuk,” katanya.

Ahmad Fadhli dalam siri ceramah PRK Sungai Bakap semalam mengajak ahli Umno menyokong PN termasuk pada PRK Sungai Bakap untuk ‘menyelamatkan’ parti itu.

Beliau mendakwa ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP tidak mahu melihat Umno menjadi parti besar seperti dahulu.

Katanya, Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, seorang lagi ahli MKT Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kenyataan Ahmad Fadhli sebagai tindakan terdesak PAS untuk menang di Sungai Bakap.

Beliau berkata, PAS hanya mahukan belas kasihan daripada parti lawan kerana mengetahui undi pengundi Umno boleh menjadi punca kekalahan mereka di PRK itu.

“Biarpun dengan ‘pujukan’ itu, Umno komited dengan Kerajaan Perpaduan dan kami tidak memerlukan PAS,” katanya. – 30 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related