◉ HEADLINES

Jangan terpedaya akaun media sosial palsu guna nama, foto Tengku Hassanal

Bagi makluman orang ramai, Tengku Hassanal hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi, iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama this.7

9:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu menggunakan nama serta foto Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Peringatan itu diberikan menerusi Facebook Kesultanan Pahang susulan wujud beberapa akaun media sosial menggunakan nama dan foto Tengku Hassanal.

“Penafian akaun media sosial palsu Kebawah Duli Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Menurutnya, bagi makluman orang ramai, Tengku Hassanal hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi, iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama this.7.

“Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, Tik Tok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar Tengku Hassanal adalah palsu,” katanya.

Akaun instagram this.7 menggunakan foto wajah Tengku Hassanal dengan mengenakan pakaian istiadat diraja Pahang lengkah bertengkolok berwarna biru.

Menggunakan status biodata ‘Tengku Hassanal Shah HRH The Crown of Pahang’, akaun itu memiliki sejuta pengikut setakat ini.

Akaun berkenaan berkongsikan foto program rasmi diraja dihadiri Tengku Hassanal, selain aktiviti santai bersama keluarga.

Tengku Hassanal adalah putera sulung kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – 1 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related