◉ HEADLINES

Penyasaran subsidi RON95: Belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet, kata PM

Walaupun ada kajian dijalankan mengenainya sebelum ini, kerajaan mahu mengkaji kesan pelaksanaan langkah penyasaran subsidi ke atas elektrik dan diesel dahulu

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi tujuan penyasaran semula subsidi petrol RON95.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada kajian dijalankan mengenainya sebelum ini, kerajaan mahu terlebih dahulu mengkaji kesan pelaksanaan langkah tersebut.

“Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95) dengan cepat.

“Ada kajian dari dulu, tetapi kita fikir lebih baik lihat dulu langkah (penyasaran) ke atas elektrik dan diesel.

“Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat. Barulah (selepas itu) kita sedia berunding apakah (ada) keperluannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penyasaran semula subsidi petrol RON95 wajar dilaksanakan sejak dulu lagi, namun beliau sedar terdapat pelbagai kekangan yang menyukarkan pelaksanaannya.

“Kalau tanya saya, (penyasaran semula) subsidi RON95 patut sudah dilaksanakan lama dulu. Tetapi ini tak mudah, sebab masalah 3.8 juta orang asing guna minyak ini, begitu juga orang kaya, ini mesti dan amat penting untuk kita hentikan.

“Bagi isu ini, saya tak tolak ansur kerana mereka sudah gunakan subsidi sejak berpuluh tahun lalu. Justeru (sekarang ini) bagaimana kaedah (terbaik bagi pelaksanaannya) kita perlu fikir supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut membidas kenyataan pembangkang yang terus ‘memanipulasi’ isu penyasaran subsidi diesel kononnya langkah itu membebankan rakyat.

“Sehingga kini, masih ada yang ‘menunggang’ isu itu dengan pelbagai tuduhan kerajaan zalim dan mendakwa subsidi ditarik sepenuhnya. Apakah penyasaran semula subsidi ini keputusan bijak untuk ekonomi?

“Semua (Ahli Parlimen) setuju walaupun dalam kempen menyatakan tidak bersetuju. Ketika (kerajaan terdahulu) berkuasa pun mereka kata (penyasaran subsidi diesel) perlu, tetapi kerana tahu kesannya suhu politik yang akan dihangatkan (maka ia tidak dilaksanakan).

“Cuma, pelaksanaannya itu boleh dipertikai. Kalau kamu kata perlu tetati harus bijak dalam melaksanakan, okaylah saya boleh terima. Tetapi sekarang apa kita dengar hanyalah (dakwaan) kerajaan zalim, buang subsidi dan ulangi kempen (dulu), hari ini perintah, esok minyak turun, ” katanya. – 2 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related