◉ HEADLINES

Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi tak simpan dendam, sudah kembali bekerja

Menurut Along, walaupun sudah beransur pulih, dia masih perlu melakukan pemeriksaan darah di Hospital Serdang untuk pemantauan buah pinggang selain mempunyai janji temu di Hospital Cyberjaya pada November ini bersama doktor pakar yang merawatnya

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 14 April lalu, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38, mengakui tidak menyimpan dendam terhadap suspek kes berkenaan.

Biarpun begitu, Muhammad Nur Hadith atau mesra disapa Along enggan mengulas lanjut ketika ditanya Scoop sama ada dia sudah memaafkan suspek.

“Saya tidak menyimpan dendam tapi tiada komen mengenai itu (sama ada memaafkan perbuatan suspek atau tidak),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berkongsi lanjut tentang perkembangan dirinya, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia sudah kembali bekerja dan insiden hitam yang berlaku itu tidak sama sekali membuatkannya serik untuk meneruskan khidmat sebagai pengawal peribadi.

“Setakat ini tahap kesihatan saya alhamdulillah, saya dah kembali bertugas sejak minggu lepas.

“Saya tidak ada rasa trauma untuk kembali berkhidmat kerana dalam kursus bodyguard atau dalam bidang keselamatan memang sentiasa ada risiko. Kami memang kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

“Buat masa ini, saya tidak boleh melakukan tugas lasak atau berat dalam tempoh enam bulan hingga setahun sebab kena bagi baik betul-betul dahulu bahagian dalaman usus perut,” katanya yang susut berat badan sebanyak 30 kilogram berikutan kejadian tersebut.

Menurut Along, walaupun sudah beransur pulih, dia masih perlu melakukan pemeriksaan darah di Hospital Serdang untuk pemantauan buah pinggang selain mempunyai janji temu di Hospital Cyberjaya pada November ini bersama doktor pakar yang merawatnya.

Terdahulu Scoop melaporkan, Along menjadi mangsa tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter dalam kejadian pada jam 1.15 pagi di KLIA, 14 April lalu.

Dia yang cedera pada bahagian perut kemudian ditidurkan selepas pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cyberjaya.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, didakwa menyasarkan klien yang diiringi Along iaitu Farah Cie yang merupakan isteri suspek, telah dicekup selepas lebih 24 jam di Kota Bharu, Kelantan dan dikatakan merancang untuk melarikan diri ke Mekah melalui Thailand.

Mahkamah Sesyen Kota Bharu menetapkan 11 Ogos depan tarikh sebutan semula kes, yang mana suspek didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api. – 2 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

PDRM FC clear wage arrears, eye strong finish to Super League campaign

After months of financial uncertainty, PDRM FC have settled six months of unpaid salaries, lifting morale within the squad as they look to regroup and end their Super League season on a positive note

◉ Related