◉ HEADLINES

Akaun Keldai: Pindaan Akta 574, Akta 593 dijangka dibentang pada sidang Parlimen kali ini: Azalina

Selain itu pindaan berkenaan akan memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk menyita akaun bank yang disyaki terlibat dengan jenayah penipuan dalam talian

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan bagi Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah atau Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian berkaitan akaun keldai, dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan itu melibatkan pewujudan kesalahan baharu berkaitan tindakan kepada pihak yang membenarkan akaun bank digunakan orang lain tanpa kuasa dan tujuan yang sah.

Beliau berkata selain itu pindaan berkenaan akan memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk menyita akaun bank yang disyaki terlibat dengan jenayah penipuan dalam talian.

“Pindaan itu dibuat berikutan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan sebarang kesalahan kepada pemilik akaun bank yang membenarkan akaun mereka digunakan orang lain bagi tujuan tidak sah dan menyukarkan polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa yang disalurkan akaun tersebut (akaun keldai).

“Akibat kelompongan ini dan keperluan mendesak bagi melindungi rakyat, kerajaan sedang pertimbangkan cadangan pindaan Akta 574 dan Akta 593…kedua-dua cadangan pindaan ini dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini selepas memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – 4 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related