◉ HEADLINES

Kemuncup sudah lama dibuang tapi kenapa gatal belum habis-habis, sindir Annuar

Semalam, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyindir Tan Sri Annuar Musa dengan menyifatkan beliau umpama kemuncup yang menimbulkan rasa tidak selesa

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa membalas sindiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menyifatkan beliau umpama kemuncup di seluar dalam.

Beliau secara sinis berkata, kemuncup sudah lama dibuang tetapi rasa gatal itu masih berterusan mungkin disebabkan penyakit kurap.

“Yang lucunya kemuncup dah lama dibuang tapi kenapa gatal dan gelinya belum habis-habis?

“Entah-entah ada kurap!” katanya.

Semalam, Ahmad Jazlan menggesa ahli atau parti tidak menangisi atau kecewa dengan pemergian pemimpin seperti Annuar atau bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Katanya, kehadiran ahli yang menentang pimpinan tertinggi hanya memecahbelahkan parti dan memberi kesan buruk kepada Umno.

“Yang lepas biar lepas, kita sudah lalui banyak masa, banyak kerajaan tetapi kita kena akui tiada kerajaan sebaik Umno.

“Annuar dan Noh kita anggap ‘kemuncup di seluar dalam, kalau ada buat rasa tak selesa, biarlah mereka tiada,” katanya.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kehadiran ahli yang menentang pimpinan tertinggi hanya memecahbelahkan parti dan memberi kesan buruk kepada Umno – Gambar Umno Online, 6 Julai, 2024

Mengulas lanjut, Annuar membezakan antara kemuncup dengan piras (sejenis kutu parasit), kurap (penyakit kulit) dan barah otak yang semuanya memberi kesan sama kepada pesakit iaitu gatal-gatal dan rasa tidak selesa.

Namun katanya, daripada empat elemen itu, barah otak sukar diubat manakala kemuncup, piras mahupun kurap bukan penyakit serius tapi jangkitan daripada pokok, fungus atau haiwan pada badan manusia.

“Kemuncup menimbulkan ketidakselesaan tapi tidak membahayakan dan mudah dibuang, tetapi piras dalam diam bergayut pada manusia dan menghisap darah.

“Piras tak peduli dan sanggup duduk di mana saja termasuk di tempat busuk sekalipun asalkan dapat menghisap darah dan kenyangkan dirinya. Tuan badan boleh jatuh sakit angkara piras ini.

“Kurap gatal, senang diubati. Ubat cap Kaki Tiga dikatakan mustajab untuk penyakit ini. Paling sukar adalah barah otak. Di luar kelihatan sihat tapi amat berbahaya dan boleh membunuh,” katanya.

Annuar berkata, jika kemuncup sudah dibuang tapi masalah tak selesai mungkin kerana ramai piras menghisap darah atau kurap yang tak sembuh.

Katanya lagi, namun pastikan ia bukan barah otak kerana penyakit ini sukar dibuang kerana terletak di kepala dan ramai memilih untuk membiarkannya.

“Sekiranya sudah merasai keuzuran atau tidak selesa, berhati-hatilah mencari puncanya,” katanya. – 6 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related