◉ HEADLINES

Mustahil untuk noktahkan kemiskinan di Selangor, kata exco

Itu hasrat kerajaan negeri tetapi realitinya adalah mustahil

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mustahil untuk menoktahkan kemiskinan di Selangor meskipun itu menjadi hasrat kerajaan negeri, kata Exco Selangor, V Papparaidu (PH-Banting).

Beliau yang juga Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor bagaimanapun berkata, kerajaan negeri mempunyai formula termasuk memberikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi lain.

“Kita ada formula dan bantuan untuk menoktahkan kemiskinan. Itu hasrat kerajaan negeri tetapi realitinya adalah mustahil. Kita boleh ke arah itu tetapi mustahil untuk menoktahkan kemiskinan,’’ katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Azmin ingin mengetahui statistik kemiskinan tegar di Selangor. Bagaimanapun Papparaidu berkata beliau tidak mempunyai jumlah berkenaan dan akan menjawab soalan tersebut menerusi jawapan bertulis.

“Sebagai exco yang memikul tanggungajwab besar menangani kemiskinan, ia harus diberi tumpuan. Saya faham Exco akan kemukakan secara bertulis tetapi adalah soalan melibatkan portfolio penting dan sepatutnya sudah ada statistik data miskin tegar di tangan untuk dikongsi bersama,’’ katanya.

Azmin turut mempersoalkan kenapa kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berbeza mengenai kemiskinan tegar di Selangor.

Jelasnya, pada April 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang telah berjaya dinoktahkan, malah Anwar percaya melalui langkah sama, kemiskinan tegar di Sabah akan turut dinoktahkan.

Pada Julai pula, kata Azmin, Amirudin memberitahu kemiskinan tegar di Selangor akan dinoktahkan selewat-lewatnya Julai ini.

‘Saya melihat ada percanggahan di situ,’’ katanya.

Papparaidu kemudiannya menjelaskan proses penelitian bagi miskin tegar dan miskin adalah berbeza setiap kali bancian diadakan. – 10 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related