◉ HEADLINES

Penyasaran subsidi diesel: Lebih RM250 juta ketirisan dapat dielakkan setakat ini: Amir Hamzah

Jualan diesel menunjukkan pengurangan 23% atau RM6.5 juta liter sehari, manakala jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari

4:08 PM MYT

 

TUMPAT – Kerajaan menganggarkan lebih RM250 juta jumlah ketirisan diesel dapat dielakkan melalui penyeludupan atau penyelewengan dari stesen minyak di seluruh sempadan semenanjung negara sejak langkah penyasaran subsidi bermula 10 Jun lepas.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sepanjang tempoh berkenaan, jualan diesel menunjukkan pengurangan 23% atau RM6.5 juta liter sehari, manakala jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari.

Amir Hamzah berkata ketika harga bersubsidi di stesen minyak pada RM2.15 seliter sebelum ini, pihak industri telah mencari jalan menyumberkan bekalan diesel dari stesen minyak daripada membeli diesel secara komersial yang melebihi RM3 seliter.

“Sekarang dengan harga di stesen minyak pada RM3.35 seliter, industri tersebut telah beralih semula kepada membeli diesel secara komersial.

“Selain itu, terdapat stesen minyak di kawasan utara berdekatan dengan sempadan turut mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50%, sekali gus memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata penguatkuasaan terhadap ketirisan diesel oleh semua agensi kerajaan akan terus dipergiatkan dan menyeru kepada orang ramai supaya melaporkan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan ini kepada pihak berkuasa.

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang. – 14 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related