◉ HEADLINES

Soal calon perkara kedua, yang penting BN tawan semula Nenggiri: Ketua Pemuda Umno Kelantan

Difahamkan nama Azmawi ‘direstui’ Tengku Razaleigh Hamzah selaku peneraju Umno bahagian itu yang juga Pengarah Pilihan Raya parti selepas saringan terhadap tiga nama disenarai pendek berkenaan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang disebut-sebut bakal mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di Nenggiri, mahu memastikan kawasan itu berjaya ditawan semula oleh BN.

Azmawi ketika dihubungi Scoop berkata, soal menjadi calon adalah perkara kedua namun apa yang penting ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu menjadi medan untuk menebus maruah Umno selepas kehilangan kerusi di kawasan kubu kuat parti itu.

“Bagi saya siapa juga calon yang akan diletakkan parti itu nombor dua, yang paling penting adalah panji-panji Umno dan BN yang dibawa dan kita kena pastikan Nenggiri ini perlu kita tawan.

“Semua orang tahu Gua Musang kubu kuat Umno, tapi yang penting gerak kerja jentera penting untuk memastikan pengundi DUN Nenggiri kembali kepada Umno dan BN.

“Kita dah ada sejarah Bersatu satu penggal di DUN itu, kita boleh bandingkan wakil rakyat mereka dengan wakil rakyat sebelum-sebelum ini, rakyat pun dah boleh menilai, mereka pastinya mahu wakil rakyat yang dekat dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Terdahulu Umno Gua Musang menghantar tiga nama untuk dipilih sebagai calon pada PRK Nenggiri. Selain Azmawi, turut disenaraikan ialah Ketua Penerangan Umno Gua Musang, Amran Arifin dan Ketua Wanita Umno Gua Musang, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli.

Namun difahamkan nama Azmawi ‘direstui’ Tengku Razaleigh Hamzah selaku peneraju Umno bahagian itu yang juga Pengarah Pilihanraya parti selepas saringan terhadap tiga nama disenarai pendek berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN Kelantan diberi mandat untuk mengumumkan calon PRK Nenggiri dengan lebih awal.

Beliau berkata, nama calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya itu sudah diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk diumumkan pada bila-bila masa.

Katanya, calon tempatan menjadi taruhan parti itu untuk menawan kembali kerusi DUN berkenaan menerusi tiga nama yang disenaraikan Umno Bahagian Gua Musang untuk diangkat sebagai calon.

Selain itu Azmawi berkata, mengetahui Bersatu akan bertanding di Nenggiri dan bukannya PAS, keupayaan pihak lawan tetap tidak boleh dipandang ringan.

“Apa pun kita tak boleh pandang rendah, PRK biasa peluang untuk menang 50-50, cabaran cukup tinggi. Ini kawasan kita cuma dah diambil orang, kita mengharapkan keyakinan pengundi.

“Penentu di Nenggiri adalah undi golongan muda bawah 40 tahun yang membabitkan 62% pengundi, kita mula dengan negatif 810 undi (jumlah majoriti calon Bersatu pada Pilihan Raya Negeri) dan itu realiti dan kita perlu sedar kita ketinggalan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos akan datang. – 16 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

◉ Related