◉ HEADLINES

Umno Bahagian Subang gesa usul angkat Akmal jadi menteri

Kelantangan Dr Akmal dalam menyuarakan pelbagai isu rakyat merupakan faktor utama beliau dilihat layak menduduki jawatan menteri

8:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perwakilan Umno Bahagian Subang mendesak sayap Pemuda Umno di seluruh negara membawa usul khas bagi mengangkat Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal menganggotai Kabinet.

Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kelantangan Dr Akmal dalam menyuarakan pelbagai isu rakyat merupakan faktor utama beliau dilihat layak menduduki jawatan menteri.

“Kita minta jawatan menteri ini bukan atas kapasiti Dr Akmal tetapi di atas kapasiti jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

“Saya akan pastikan usul berkenaan dibawa oleh Pemuda Umno. Rakan-rakan Pemuda bahagian yang masih belum bersidang (mesyuarat) diminta mengangkat usul ini bersama-sama.

“Bagi saya, apabila Dr Akmal mengangkat isu-isu (semasa), inilah suara akar umbi Umno, suara yang perlu ada sebagai ‘check & balance’ (semak dan imbang) dalam komposisi Kabinet itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Subang di Bangunan Umno, di sini hari ini.

Walaupun Dr Akmal menyatakan dia menolak usul tersebut, namun Armand berkata, perkara itu akan tetap disampaikan kepada Umno Selangor.

“Kami hormati pendirian Dr Akmal tetapi saya yakin sebagai pemimpin lama dalam Pemuda Umno, beliau adalah calon sesuai sebagai pewaris (Umno) untuk berada dalam senarai Kabinet.

“Sudah dua penggal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak diberikan peluang, ruang dan tanggungjawab untuk menggalas jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.

“Saya rasa sudah sampai masa dalam keadaan politik yang semakin dinamik dan berkembang maju, rakyat ingin melihat pemimpin muka baru (dalam barisan Kabinet),” katanya. – 20 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related