◉ HEADLINES

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang

Polis berkata kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar 'Mickey Mouse' di bahagian dada dan berseluar pendek

5:15 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

“Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi menerusi talian 017-7051097, hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related