◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Kes Albertine: 3 individu direman 4 hari

Ketiga-tiga individu berumur 28 hingga 55 tahun tiba pada kira-kira jam 9 pagi menaiki kenderaan polis dengan mengenakan pakaian lokap dan pelitup muka

10:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, baru-baru ini.

Kebenaran itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, selepas mereka yang berumur 28 hingga 55 tahun ditahan polis di kawasan Gelang Patah, semalam.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka tiba di Mahkamah Johor Bahru pada kira-kira jam 9 pagi menaiki kenderaan polis, dengan mengenakan pakaian lokap dan pelitup muka.

Semua mereka hanya menundukkan kepala ketika berjalan masuk semasa foto dan video dirakam petugas media.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, laporan polis berhubung kes itu diklasifikasikan semula daripada kehilangan kepada melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda,’’ katanya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, Kumar berkata, kanak-kanak itu belum ditemui setakat ini.

Kanak-kanak berkenaan, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya pada kira-kira jam 8.30 malam, 20 Julai lalu ketika berada di sebuah pusat beli-belah di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Dia dikatakan memakai baju T berwarna putih tertera gambar ‘Mickey Mouse’ di dada dan berseluar pendek, dengan memiliki ketinggian kira-kira 120 sentimeter, berambut panjang warna hitam, berkulit cerah serta tubuh sederhana kurus. – 23 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related