◉ HEADLINES

Peniaga pisang goreng larikan 2 budak perempuan didakwa esok

Suspek berusia 32 tahun itu akan didakwa atas dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga pisang goreng yang diberkas kerana melarikan dua kanak-kanak perempuan dalam kejadian di Taman Ikan Emas, Jeram baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 32 tahun itu akan didakwa atas dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor. Suspek akan dituduh pada jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan juga dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Hussein berkata, suspek berjaya diberkas di Jalan Pawang Jalil, Jeram Selangor pada jam 2.40 pagi Ahad lalu susulan laporan kehilangan seorang kanak-kanak berumur lapan tahun di Taman Ikan Emas, Jeram pada 19 Julai lalu.

“Bersabit laporan ini, satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 369 Kanun Keseksaan/31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dan seorang lagi kanak-kanak dipercayai dibawa seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna hitam sebelum dihantar semula oleh suspek di Taman Kelisa pada hari yang sama. – 24 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related