◉ HEADLINES

Kerajaan teliti keperluan rasionalisasi subsidi RON95

Bagaimanapun Kementerian Ekonomi berkata tumpuan pada masa ini adalah pelaksanaan subsidi diesel bagi memastikan objektif yang ditetapkan akan tercapai

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95 dari semua aspek supaya ia dapat berjalan lancar dan meningkatkan keberkesanan pengagihan bantuan kepada rakyat.

Menurut Kementerian Ekonomi, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan akan juga diadakan bagi memastikan setiap aspek diambil kira.

Ia termasuk garis masa pelaksanaan serta mekanisme yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat yang terkesan menerima manfaat yang sewajarnya.

Namun, kata kementerian, tumpuan pada masa ini adalah pelaksanaan subsidi diesel bagi memastikan objektif yang ditetapkan, akan tercapai.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, langkah bersesuaian akan diambil kerajaan bagi memastikan golongan yang terkesan diberikan bantuan sewajarnya.

“Pelbagai cadangan sedang dipertimbangkan oleh kerajaan berdasarkan use case yang dijalankan menggunakan data Pangkalan Data Utama (PADU),’’ katanya dalam jawapan lisan pada persidangan Dewan Negara semalam.

Ia bagi menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang ingin mengetahui garis masa pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 bersasar dan sama ada ia akan mengikut mekanisme subsidi diesel serta adakah harga petrol akan diapungkan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, kementerian berkenaan berkata, pengagihan bantuan sosial juga sedang dikaji bagi memastikan rakyat, khususnya penerima bantuan tidak terlalu terbeban dengan jangkaan kenaikan harga barangan apabila penyasaran semula subsidi dilaksanakan.

“Namun sebarang keputusan yang diambil akan disampaikan dengan jelas kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan terhadap perancangan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga penyasaran subsidi diesel mencapai objektif,’’ katanya. – 25 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related