◉ HEADLINES

Lady Gaga, Celine Dion dijangka buat penampilan di upacara pembukaan Olimpik Paris

Mereka berdua dilaporkan akan menyanyikan lagu Edith Piaf, La Vie en Rose, sebagai penutup acara pembukaan

8:42 AM MYT

 

LONDON – Lady Gaga dan Celine Dion dijangka tampil di tebing Sungai Seine pada malam Jumaat, dalam satu upacara pembukaan Olimpik Paris yang unik, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mereka berdua dilaporkan akan menyanyikan lagu Edith Piaf, La Vie en Rose, sebagai penutup acara pembukaan yang pertama kali diadakan di luar stadium.

Delegasi pasukan akan belayar dari Jambatan Austerlitz menuju Trocadero, bersebelahan Menara Eiffel.

Dion, penyanyi Perancis-Kanada, menerusi catatan di X, menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke Paris.

Persiapan untuk upacara ini telah berjalan selama berbulan-bulan, dengan sungai Seine kini dipagari untuk keselamatan.

Peminat yang memiliki tiket akan duduk di tempat khas di tebing sungai dan acara ini akan disiarkan melalui 80 skrin besar di seluruh Paris.

Upacara Olimpik Paris pada 1924 diadakan di Stadium Olimpik di Colombes, disertai 3,089 atlet, dengan hanya 135 wanita.

“Pada mulanya, ini kelihatan seperti rancangan yang tidak masuk akal, tetapi kami memutuskan untuk merealisasikannya,” kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang memimpin projek ini – 26 Julai, 2024

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related