◉ HEADLINES

Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan

Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya

2:43 PM MYT

 

HULU SELANGOR – Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di sini pada 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah setakat ini.

Sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, berkata dia berharap pihak pendakwaan akan memberikan pembelaan dan keadilan terhadap Allahyarham.

“Setakat ini, semua positif dan kita tunggu untuk sebutan kes seterusnya. Keluarga kami akan hadir untuk sebutan pada 30 Ogos ini. Sama-sama kita berdoa untuk Allahyarham,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Suzursofia yang datang dari Miri, Sarawak bersama dua lagi ahli keluarga Nur Farah Kartini hadir ke mahkamah itu untuk mengikuti prosiding pendakwaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang berhadapan tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.

Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang, lima hari kemudian. – 26 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related