◉ HEADLINES

Didakwa bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif diperintah tahan kerja

Surat perintah tahan kerja itu akan dikeluarkan Ketua Polis Perak kerana anggota polis berkenaan berada di bawah perjawatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang dituduh membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, sudah diperintah tahan kerja sehingga proses perbicaraan selesai.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi Scoop dan menambah ia diluluskan serta-merta, semalam.

Namun katanya, surat perintah tahan kerja itu akan dikeluarkan Ketua Polis Perak kerana anggota polis berkenaan berada di bawah perjawatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memberitahu Scoop bahawa pihaknya sudah menerima pemakluman mengenai perintah berkenaan daripada JIPS Bukit Aman.

“Kita akan keluarkan surat itu dan diserahkan kepada subjek (tertuduh) pada Isnin ini menyatakan dia telah ditahan kerja.

“Penyerahan surat tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perak,” katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan sudah menerima pemakluman mengenai perintah tahan kerja Muhammad Alif daripada JIPS Bukit Aman semalam. – Gambar Bernama, 27 Julai, 2024

Semalam, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.

Pertuduhan ke atas Muhammad Alif dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Pada 15 Julai lalu, mayat wanita itu ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Susulan penemuan mayat itu, suspek ditahan pada hari sama, sebelum direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan. – 27 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related