◉ HEADLINES

Projek LRT3: Lencongan di Persiaran Bandar Utama mulai 31 Julai-7 Ogos

Penutupan itu melibatkan lorong paling kanan di Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala jalan susur) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 31 Julai hingga 7 Ogos dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan untuk kerja-kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama, Selangor.

Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu melibatkan lorong paling kanan di Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala jalan susur) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas .

WhatsApp Image 2024-07-30 at 11.45.01 AM

“Pelaksanaan lencongan itu dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Amanat Lebuh Rakyat (ALR). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang serta dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluas kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3. – 30 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related