◉ HEADLINES

PAS sokong penuh pencalonan Rizwadi, ‘beliau calon terbaik’: Hadi

Pemilihan individu bersesuaian suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam memilih calon

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menyokong penuh pencalonan Mohd Rizwadi Ismail bagi mewakil Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dengan menyifatkan beliau sebagai ‘calon terbaik’.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS turut menzahirkan keyakinan dengan pemilihan Rizwadi untuk menjadi calon dan menjalankan tanggungjawab.

“Pemilihan individu bersesuaian suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam memilih calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran,” katanya menerusi kenyataan.

Hadi berkata, berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon PN.

“Seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri.

Justeru, beliau berkata, PAS sudah menggerakkan jentera parti di seluruh negara bagi memenangkan Rizwadi yang akan menggunakan lambang ‘bulan’ pada PRK berkenaan.

“Diharapkan proses penamaan calon dan tempoh berkempen akan berlangsung secara matang, adil serta saksama,” katanya.

Terdahulu, selepas beberapa nama calon disebut, PN menamakan Rizwadi yang juga bekas ahli PAS itu untuk bertanding mewakili gabungan berkenaan pada PRK DUN Nenggiri.

Rizwadi, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan bertanding sebagai calon Bersatu, namun menggunakan logo PAS pada PRK berkenaan 17 Ogos ini.

Bagaimanapun, pemilihan Rizwadi mendapat kritikan beberapa pihak yang menyifatkan Bersatu ketandusan calon hingga terpaksa mengambil ahli PAS menyertai parti itu.

Pemilihan Rizwadi dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama yang disebut-sebut sebelum ini, iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad.

Malah, isu menjadi panas apabila tersebar surat pemberhentian sebagai ahli PAS dipercayai milik Rizwadi.

Menerusi surat tersebar di aplikasi WhatsApp itu, tarikh pemberhentian Mohd Rizwadi sebagai ahli PAS adalah pada 28 Julai 2024.

Surat permohonan keluar dari parti itu dipercayai demi menjadi calon Bersatu pada PRK Nenggiri, 17 Ogos ini.

Dokumen terbabit kemudian diterima dan diluluskan pada tarikh sama oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related