◉ HEADLINES

Pertembungan satu lawan satu BN, PAS di Nenggiri

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang bermula hari ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pegawai Pengurus PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan pencalonan rasmi itu sebaik sahaja tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

BN yang mewakili kerajaan Perpaduan menamakan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai ‘ayam tambatan’ mereka untuk merampas kerusi DUN itu.

PAS pula mempertaruhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, 41.

Nik Raisnan berkata, pihaknya menyemak kertas permohonan dan berpuas hati serta memutuskan tiada kertas permohonan ditolak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan.

Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related