◉ HEADLINES

Wanita maut tertimbus dalam runtuhan selepas rumah dirempuh treler

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.46 pagi

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditemukan maut di bawah runtuhan selepas rumah didiaminya dirempuh treler yang terbabas di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, Pahang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.46 pagi.

Menurutnya, treler membawa muatan pelbagai barangan terbabas dan melanggar rumah didiami mangsa dan empat yang lain.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dan Peramu tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik tiba, pihak bomba dimaklumkan seorang mangsa perempuan tertimbus di bawah runtuhan sebelum operasi pencarian digerakkan.

“Hasil pencarian dijalankan, mangsa berjaya ditemui di bawah treler di bahagian hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, dua penghuni lain selamat manakala dua lagi mengalami kecederaan.

“Pemandu treler dan kelindan turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan,” katanya. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related