◉ HEADLINES

Pihak main isu Blackrock diminta tidak hipokrit: Fahmi

Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikan guna WhatsApp, Facebook, Instagram

8:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang memainkan isu syarikat Blackrock perlu turut berhenti menggunakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat pengurusan aset antarabangsa terbesar dunia itu, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata mereka yang terus memainkan isu Blackrock disifatkan sebagai hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi.

“Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikan guna WhatsApp, Facebook, Instagram. Kita tengok Facebook sebagai contoh, yang parti PAS membelanjakan jumlah yang cukup banyak buat iklan-iklan dalam Facebook, beri duit terus kepada Meta yang kita tahu pendiriannya tentang Israel.

“Itu sangat jelas, jadi kepada mereka yang berkata tentang isu ini (Blackrock) bagi saya lakukan perkara yang jujur, lakukan perkara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin di sini malam tadi.

Khamis lepas, Setiausaha PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata adalah tidak bermaruah jika kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih meneruskan cadangan usaha sama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Khazanah Nasional dengan BlackRock Inc.

Mengenai Himpunan Pembebasan Palestin, Fahmi berkata ia diadakan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun menonton secara dalam talian yang bersatu hati mahukan gencatan senjata dan keadilan bagi penduduk Palestin.

“Rakyat Malaysia amnya cukup tersentuh dan sentiasa mengingati saudara di Palestin, jadi saya lihat kehadiran malam ini tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan mahu kezaliman dihentikan sekarang,” katanya. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related