◉ HEADLINES

Warga emas antara lima direman kes rasuah kontrak bersih kapal tangki minyak RM15.3 juta

Semua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira jam 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM15.3 juta, tiga tahun lalu.

Individu ditahan itu terdiri daripada seorang pengurus syarikat minyak dan gas serta masing-masing dua bekas kakitangan syarikat berkenaan dan dua kontraktor.

Menurut sumber, semua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira jam 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Perintah reman lima hari bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap pengurus dan dua bekas kakitangan syarikat.

“Ia dikeluarkan selepas SPRM membuat permohonan terbabit di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini,” katanya.

Sementara itu, majistret sama membenarkan reman tiga hari hingga Khamis ini ke atas kedua-dua kontraktor terbabit.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, semua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related