◉ HEADLINES

Wartawan ada hak hormati privasi, lindungi kerahsiaan sumber: Geramm, NUJM

Tanpa jaminan perlindungan, wartawan akan kehilangan kepercayaan dari sumber dengan maklumat yang perlu didedahkan

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), tegas membantah sebarang usaha mengancam hak wartawan untuk melindungi kerahsiaan identiti sumber yang tidak dinamakan.

Menerusi kenyataannya, dua organisasi pejuang hak wartawan itu berkata, sebarang berita tidak seharusnya dinilai sebagai ‘tidak benar’ atau ‘tidak sah’ hanya kerana memetik sumber dengan identiti dirahsiakan.

Katanya, apa sahaja bentuk ‘kerjasama’ dengan apa-apa siasatan dijalankan pihak berkuasa juga, tidak harus membabitkan tuntutan untuk mendedahkan identiti sumber yang dirahsiakan.

“Sebaliknya, keperluan untuk menghormati privasi dan kerahsiaan sumber, digariskan sebagai satu daripada lapan nilai Kod Etika Wartawan Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia mewakili kerajaan.

“Keperluan sama turut menyumbang ke arah kemampuan wartawan dan organisasi media untuk menjalankan peranan sebagai ‘fourth estate’ atau mewakili suara semua lapisan masyarakat.

“Tanpa jaminan perlindungan, wartawan akan kehilangan kepercayaan dari sumber dengan maklumat yang perlu didedahkan,” katanya.

Menurutnya, penilaian berkenaan kesahihan sumber dan maklumat yang didedahkan serta keperluan untuk merahsiakan identiti, seharusnya ditentukan wartawan dan pengarang, tanpa penglibatan pihak luar.

“Perlu diingatkan, hak wartawan di Malaysia untuk melindungi kerahsiaan sumber juga, diakui sebagai duluan (precedent) mahkamah sejak 2013 dalam satu keputusan kes dakwaan pencemaran nama baik.

“Sekiranya terdapat pertikaian selepas penerbitan artikel atau berita, ia wajar diselesaikan melalui badan bebas Majlis Media Malaysia yang sedang di peringkat akhir penubuhan, melalui Rang Undang-Undang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini,” katanya.

Terdahulu, isu mengenai kerahsiaan sumber timbul apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian yang mendakwa terdapat perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi pihak berkuasa itu.

Portal berita berkenaan menyiarkan laporan memetik sumber yang menyatakan, Bukit Aman merancang melaksanakan rombakan besar-besaran.

Rombakan itu dikatakan membabitkan kepimpinan tertinggi pasukan terbabit, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dikeluarkan dari PDRM.

Sumber itu mendakwa, antara nama yang terbabit adalah Ayob Khan dan Mohd Shuhaily.

Laporan itu menyatakan, Ayob akan mengetuai agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Shuhaily didakwa bakal dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, Razarudin menafikan kandungan laporan itu, malah menegaskan, beliau sudah meminta Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) untuk memanggil pemberita terlibat yang menghasilkan berita berkenaan. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related