◉ HEADLINES

Petronas pertimbang strategi pembangunan bersepadu di Blok 52 Suriname

Syarikat minyak nasional itu telah mencapai kejayaan di Suriname dengan telaga penilaian Sloanea-2 di Blok 52, yang diteroka pada bulan Jun

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai kebolehlaksanaan strategi pembangunan bersepadu untuk pengekstrakan gas dan minyak dalam Blok 52, luar pesisir di Suriname.

Syarikat minyak nasional itu berkata ia telah mencapai kejayaan di Suriname dengan telaga penilaian Sloanea-2 di Blok 52, yang diteroka pada bulan Jun.

“Pencapaian ini telah mengukuhkan prospek Petronas di lembangan itu dan berpotensi untuk membangunkan projek gas asli cecair (FLNG) terapung tunggal di lapangan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu di dalam negara, Petronas turut memaklumkan mengenai aktiviti penerokaan minyak dan gas Bekok Deep-1 pada Mei.

“Hasil ujian telaga yang dijalankan menunjukkan ia mempunyai kadar aliran hidrokarbon yang tinggi.

“Penemuan ini menyerlahkan potensi hidrokarbon yang besar, menandakan satu kejayaan penting dalam sektor tenaga Semenanjung Malaysia sejak sedekad lepas,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif huluan Mohd Jukris Abdul Wahab berkata syarikat itu gembira dengan pencapaian ini.

“Kejayaan ini mengesahkan komitmen dan kepakaran Petronas untuk memberikan nilai luar biasa melalui penemuan besar di Malaysia dan antarabangsa, didorong oleh pendekatan strategik dan inovatif.

“Pencapaian ini juga menonjolkan inisiatif berterusan Petronas dalam meningkatkan usaha penerokaan kami di kawasan tumpuan terpilih dan berusaha menambah sumber yang mampan,” katanya. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related