◉ HEADLINES

Pesawat terhempas di Brazil, 61 terbunuh

Pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru

8:31 AM MYT

 

SAO PAULO – Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan “solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban” di platform sosial X. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related