◉ HEADLINES

Teresa gesa Puad Zarkashi, Akmal hormat keputusan mahkamah ‘lupakan prejudis lalu’

Kata Teresa Kok, buat masa ini, misi utama semua pihak sepatutnya kepentingan rakyat, serta memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP menggesa pemimpin Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Dr Akmal Saleh supaya menghormati keputusan mahkamah dan tidak menjadikan penerbitan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau sebagai isu.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata, mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman penuh yang jelas menyatakan buku tersebut tidak mengandungi kandungan hasutan seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Menteri Dalam Negeri.

“Semua pihak perlu melupakan prejudis lalu dan terus melihat ke hadapan. Buat masa ini, misi utama adalah berkenaan kepentingan rakyat, serta memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi.

“Hakim juga berpendapat bahawa ketidakpuasan hati seseorang atau kumpulan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara seseorang.

“Walaupun Menteri Dalam Negeri tidak bersetuju dengan kandungan buku itu, termasuk tafsiran Hew terhadap sejarah, pandangan dunianya, serta mengenai isu semasa, terutama komik Inisaitif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama dan isu Xinjiang.

“Itu tidak cukup untuk menjadikannya sebagai buku terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP itu yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.

Berdasarkan warta itu, pembatalan Perintah Larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk Belt and Road Initiative for Win-Winism dan bahasa Cina.

Susulan itu Ketua Pemuda Umno mendesak kerajaan mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik itu.

Manakala Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menegaskan parti itu wajib membantah secara keras keputusan membatalkan larangan terhadap penerbitan komik itu.

Beliau berkata, rakyat kecewa dengan keputusan KDN dan kerajaan perlu mencari jalan supaya larangan tersebut diteruskan. – 14 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related