◉ HEADLINES

Nenggiri buktikan anak muda tidak tolak Umno, kata Umno Kelantan

Barisan Nasional berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti lebih 3,372 undi

9:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri membuktikan parti itu masih disokong orang Melayu terutama anak muda.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemenangan itu juga perlu menjadi langkah pertama menyemarakkan perjuangan parti ke seluruh negara.

“Kalau ada yang kata Umno sudah ditolak orang Melayu, ada yang kata anak muda tidak lagi bersama Umno, tidak, di sini (Nenggiri) kita buktikan hari ini.

“Kita buktikan, bukan sahaja anak muda, orang Asli tetapi seluruh rakyat di Nenggiri menggambarkan kebangkitan orang Melayu tidak kira di mana mereka berada untuk kembali merindui BN.

“Termasuk mereka menjangkakan sokongan masyarakat Orang Asli kepada BN akan berubah tapi kita mendapat kemenangan yang besar majoriti lebih 1,500 di lima PDM Orang Asli.

“Kejayaan ini satu permulaan sekiranya kita inginkan keyakinan rakyat maka sudah tentu kita mesti memainkan peranan membantu dan membela rakyat,” katanya selepas BN berjaya merampas kembali DUN Nenggiri dengan majoriti 3,372 undi.

Tambah beliau yang juga Pengarah Operasi BN bagi PRK itu, kemenangan BN juga menolak tanggapan pihak lawan kononnya Umno dan BN tidak mempertahankan Melayu dan Islam.

“Pihak lawan buat tohmahan mengatakan apabila Umno dan BN berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka Islam akan terancam, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu akan terancam namun ternyata apa yang mereka lontarkan kepada kita itu tak benar.

“Presiden parti turut main peranan memangkis dan menjawab fitnah mereka, jadi terima kasih kepada seluruh rakyat Nenggiri yang memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.

Terdahulu BN berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti lebih 3,352 undi.

BN memperoleh 9,091 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail mendapat 5,739 undi.

Sementara itu, Mohd Azmawi berkata, kejayaan malam ini bukan kejayaan peribadi sebaliknya untuk Umno dan BN.

“Kejayaan malam ini adalah kejayaan kita Umno dan Barisan Nasional. Tanpa anda semua termasuk semua jentera, tiadalah ambo (saya).

“Jadi terima kasih kepada semua kepimpinan parti terutama Presiden parti dan seluruh jentera Umno dan BN yang bertungkus lumus di Nenggiri,” katanya. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related