◉ HEADLINES

Remaja suspek kes bunuh kanak-kanak Orang Asli direman seminggu

Mahkamah membenarkan reman hingga 25 Ogos bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

10:46 AM MYT

 

IPOH – Seorang remaja lelaki yang ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu direman selama tujuh hari bermula hari ini. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan selepas permohonan pihak polis dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. 

Mahkamah membenarkan reman hingga 25 Ogos bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nuraina Humaira Rosli dilaporkan hilang pada 16 Ogos lepas sebelum ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli berkenaan petang semalam dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Namun, selepas keputusan awal bedah siasat diperoleh semalam yang mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan di bahagian leher, polis mengklasifikasikan semula kepada kes bunuh.

Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang juga merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan pada 5 petang semalam. – 19 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related